Set Urus Uri

RM35.00

Set Urus Uri bayi yang lengkap untuk proses penyucian dan pengurusan uri untuk ditanam.

Category:

Description

*URI ADALAH PENEMAN SETIA*

Waktu baby kita dalam kandungan, urilah peneman setia yang menjaga keperluan bayi kita, membekalkan makanan, oksigen dan lain-lain bagi memastikan bayi membesar dengan sihat. Keakraban uri dengan Bayi bagai ibu dengan anaknya, maka selepas Bayi dilahirkan uruskanlah Uri dengan sempurna, Yang pertama kali jadi Bapa pun mampu uruskan Uri sendiri dengan “Set Urus Uri UmmiAlya”
.
Antara bahan yang penting telah disertakan sekali seperti
.
Air mawar
Garam kasar
Asam keping
Asam jawa
Tuala
Facemask
Sarung tangan
Apron
Kotak
Kain putih
Tali
.
Langkah Demi Langkah Cara Mencuci Uri

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan renjis dengan air mawar. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas (boleh juga dimasukkan ke dalam kotak bungkusan asal).
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Urus Uri”